Tuesday, August 28, 2012

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga ...

Wahai anak ku ... Membesar lah kamu dengan sihat,baik & semoga menjadi anak yang solehah buat ibu & ayah:)

Wp bumi terbelah dua, walau ape pon yang terjadi Ibu kamu ini akan tetap menjaga & membesarkan kamu tanpa penat :) Maafkan lah Mommy kalo kadang2 Mommy terlepas pandang ketidakselesaan kamu dalam jagaan Mommy :( Maafkanlah Mommy kalo Mommy masih belum jadik yang terbaek buat kamu. Dari hari ke hari, detik demi detik Mommy akan berusaha menjadi Mommy yang terbaik buat kamu !!:) Sebab ~ Kamu lah Nyawa Mommy, Kamu lah Darah Mommy, Kamu lah Hidup Mommy & kerana Kamu lah SEGALANYA Bagi Mommy !!! :)

Wahai Tuhanku ... Kurniakanlah aku Kesejahteraan, Kesabaran, Ketabahan & Kesihatan Yang Baik dalam membesarkan anakku...:) Amin Rabbal Alamin.....

Doa paling mudah di amalkan utk si kecik yang selalu kita terlepas pandang..:)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya:

1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Kata org, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Mode : Lately, hati Mommy ni cepat sgt tersentuh & kdg2 crying without REASON ;(((

0 comments: